Wednesday, February 22, 2012

Sejarah SKBTHO (2)



Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) mula dibina pada 1999. Bangunan sekolah ini digunakan secara rasmi pada bulan Jun 2003. Sepatutnya P & P bermula pada Januari 2003 tetapi bangunan ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diberi, jadi seluruh warga sekolah ini terpaksa menumpang selama 6 bulan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn. Pada 1 November 2002, Puan Mordziyah bt Bidin selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Puan Zaiton bt Salim Guru Penolong Kanan HEM ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) untuk mengurus kemasukan murid-murid dan guru-guru bagi persekolahan sesi 2003.
Semasa sekolah dibuka bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan empat tingkat iaitu blok A, B dan C, serta Dataran Ilmu tempat murid-murid berhimpun. Sekarang bangunan sekolah ini mempunyai 31 buah bilik darjah. Kemudahan bilik khas pula khas bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik kaunseling, pusat Sumber Sekolah, bilik muzik, surau, bilik rawatan, bilik persalinan, makmal komputer, 2 bilik pendidikan seni dan beberapa buar stor am.
 Pada Januari 2007 kelas pra sekolah telah dibuka dengan jumlah murid 25 orang, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid N17.
Sebuah bangunan baru setingkat yang mempunyai 4 buah bilik darjah telah dibina pada bulan November 2008 bagi menampung bilangan murid tahun satu yang akan bersekolah pada Januari 2009. Bagi keperluan 2010 dua buah kabin telah dipasang untuk menempatkan 4 buah kelas apabila berlaku pertambahan murid 
Sekarang sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu Puan Normah bt Kasim dan dibantu oleh barisan penolong Kanan Kurikulum Puan Zaiton bt Salim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hjh Nonzarinah bt Hj Tarmudi, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Che Siti Norbaya bt Jamil, Penyelia Petang Puan Zubaidah bt Muhammad Yang dipertua PIBG sekolah in bagi sesi 20/2012 ialah Ustaz Mohd Faisal Al-Hafiz bin Mohd Noor.