LATAR BELAKANG SKBTHO(2)

           Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) mula dibina pada 1999. Bangunan sekolah ini digunakan secara rasmi pada bulan Jun 2003. Sepatutnya P & P  bermula pada Januari 2003 tetapi bangunan ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diberi, jadi seluruh warga sekolah ini terpakasa menumpang selama 6 bulan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn. Pada 1 November  2002, Puan Mordziyah binti Bidin selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Puan Zaiton binti Salim Guru Penolong Kanan HEM ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) untuk mengurus kemasukan murid-murid dan guru-guru bagi persekolahan sesi 2003.


           Semasa sekolah dibuka bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan empat tingkat iaitu blok A, B dan C, serta Dataran Ilmu tempat murid-murid berhimpun. Sekarang bangunan sekolah ini mempunyai 31 buah bilik darjah. Kemudahan bilik khas ialah bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik kaunseling, pusat sumber sekolah, bilik muzik, bilik rawatan, bilik persalinan, makmal komputer, bilik pendidikan seni dan beberapa buah stor am.


           Pada Januari 2007, kelas prasekolah telah dibuka dengan jumlah murid 25 orang, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid N17. Kemudiannya, sebuah bangunan baru setingkat yang mempunyai 4 buah bilik darjah telah dibina pada bulan November 2008 bagi menampung bilangan murid tahun satu yang akan bersekolah pada Januari 2009. Bagi keperluan 2010,  dua buah blok kabin telah dipasang untuk menempatkan 4 buah kelas apabila berlaku pertambahan murid.


           Sekarang sekolah ini ditadbir oleh Guru Besar iaitu Puan Normah binti Kasim dan dibantu oleh barisan Guru Penolong Kanan Kurikulum Puan Zubaidah binti Muhammad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Nonzarinah binti Tarmudi, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum Puan Cik Siti Norbaya binti Jamil, Guru Penolong Kanan Petang Puan Noridah binti Surif dan Yang dipertua PIBG sekolah ini bagi sesi 2014 ialah Ustaz Mohd Faisal Al-Hafiz bin Mohd Noor.