Pada tahun 2014, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKBTHO (2) telah membuat beberapa perancangan dalam membantu pihak sekolah dalam membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif. Beberapa projek telah dirancang dan terdapat beberapa projek yang sedang dan akan dilaksanakan. Berikut merupakan beberapa jenis khidmat dan sumbangan daripada PIBG SKBTHO(2).
Projek Utama 2014:
:: Membina dewan sekolah.
Projek dalam pelaksanaan:
:: Menyediakan tempat duduk murid di kantin.
Projek yang telah dilaksanakan:
:: Memasang gril penghadang tangga Blok B dan Blok C.
:: Memasang pemisah laluan murid di kantin.
:: Menyediakan penjaga lalulintas di laluan utama hadapan sekolah.