Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Saya bagi pihak pendidik dan seluruhnya kakitangan SKBTHO 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat-pelawat laman web sekolah ini.
Berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak sekolah sememangnya amat menitikberatkan pencapaian dalam bidang kurikulum, ko kurikulum, sahsiah dan kemenjadian murid di sekolah ini. Hasrat ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan usaha gigih dari semua kakitangan sekolah dan juga sokongan luar dari pihak ibubapa. Dalam era pendidikan zaman sekarang, tanpa aktiviti ko-kurikulum, adalah tidak lengkap bagi seseorang murid itu untuk meneruskan pendidikannya pada tahap yang lebih tinggi. Berhubung dengan perkara itu, pihak sekolah telah menyediakan para murid dengan aktiviti gerak kerja ko-kurikulum yang bersesuaian dengan mereka. Semua ini turut termaktub dalam visi dan misi sekolah.

Hubungan baik antara guru dan ibu bapa serta sesama guru yang berbilang kaum merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang dalam kejayaan sekolah selama ini. Diharapkan dengan kerjasama semua pihak, semua warga SK Bandar Tun Hussein Onn 2 akan meneruskan lagi serta mempertingkatkan usaha gigih untuk kecemerlangan bersama sekolah ini. Akhir kata, pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Guru Besar SKBTHO 2